Sunshine & Rain.

. . .

mercredi 18 avril 2012

Strength. Sunshine & Rain.

First time writing Malay in my blog. haha. Oh fuuuuu don't laugh! I even use google translate on some words. Trying hard. And it ain't some essay! haha! Read it, might be a good way to spend seconds in your life. haha. ;)) It's to cheer you on. ;))
_____________________________________________________


Hujan. Simbolik dengan perasaan sunyi, sedih, guris dan risau. Ada setengah orang yang melihat hujan diluar tetingkap mereka, ada pula hanya duduk diam, dengar tiap-tiap irama rintikan hujan. Itulah namanya ketenangan. Namun begitu, terlalu lamanya ia turun, musibah banjir bakal berlaku. Seterusnya, membuatkan orang bingit, menyelamatkan diri dan harta dari dibawa banjir.


Sinaran matahari. Atau bahasa mudahnya dalam bahasa Inggeris, "sunshine." Simbolik dengan perasaan riang, gembira, mampu membuatkan kita tersenyum, apabila kita merenungnya dari jauh. Namun begitu, apabila terlalu lamanya ia terbit, tanaman pokok-pokok dan seumpamanya, layu. Panas terik membuatkan kita rasa seperti ais di padang pasir. Cair. Tidak terdaya untuk diselamatkan. Harus, suasana menjadi kemarau, kering kontang, akhirnya tanaman mati, tidak menjadi.

France '2007. A view from my apartment.

Tapi. Apakah yang akan berlaku jika kedua-keduanya berlaku, pada masa yang sama? Pelangi. Simbolik dengan perasaan gembira. Apabila renyainya hujan, muncul sinaran matahari. Lekok-lekok di jalan raya dipenuhi air dan menjadi lecah. Semuanya basah dek hujan. Pokok dan tumbuhan hijaunya mempunyai embun. 
Maka kalau kita dongakkan kepala kita ke awan biru, terjadinya 9 warna melengkong panjang di garis ufuk, bagaikan tiada kesudahan.

Cantik, bukan? Aku menyukai pelangi. Jarang muncul dan sukar untuk dilihat setiap hari. Aku sukakan suasana sebegitu, aku dapat lihat dari pangsapuri (apartment? lol.) berandaku. 

Sedar tak? Kalau hujan, suasananya sejuk. Selepas hujan, tibanya matahari. Rasanya suam, mesra. Begitulah hidup. Keluarga, kawan-kawan dan seumpamanya adalah seperti rasa suam, sedikit panas atau kita panggil "warm". Tiada sesiapa yang sunyi sejak zahirnya. Kita mudah terpengaruh dengan kata-kata seperti "forever alone". Tapi kita tak menyedari selain daripada kita, ada Pencipta kita.

Jikalau kau sedih, aku mampu membuatkan kau senyum semula. Mungkin bukan aku, tapi kawan-kawanmu. Mungkin bukan kawan-kawanmu, tapi keluarga kamu. Mungkin bukan keluarga kamu, tapi diri kamu. 
Ya, hanya kita sendiri sebagai seorang manusia, kita dapat melihat kelemahan sendiri sebelum orang lain. Kita tidak sedar. Apa yang hampir semua orang lakukan hanyalah menangis dan biarkan air matanya mengalir sehingga berhenti.

Tapi aku bukan begitu. Aku sedar. Aku seorang lelaki. Aku mempunyai tanggungjawab sebagai seorang manusia, begitu juga semua orang tanpa mengira lelaki dan perempuan. Sejak kecil lagi, ayah mengajar aku, "lelaki tidak menangis." Baru aku tahu, betapa dalamnya kata-kata itu.

Aku mempunyai tanggungjawab sebagai seorang pemimpin, pembela. Terlalu panjang untuk "di-list-kan" tetapi harus kita sedar, kita memerlukan kekuatan atau "strength". Jika kita tak tahu, kita boleh tanya. Jika kita susah, kita boleh minta tolong. Tapi harus sedar, 10% datang daripada mereka, 90% lagi, kamu harus "produce" atau... err. yeah produce. (this is embarrassing haha.)


Adakalanya kita sedih akan diri kita. Melihat di mana kita berada. Di mana kita akan belajar ke universiti kelak. Apa yang kita akan jadi, walhal kita tahu mungkin ibuayah kita tak mengizinkan apa yang kita hendak jadi kelak. 

Aku pun begitu. Sama. Sedih. Tapi buat sementara sahaja. Aku bangkit walaupun aku tahu tidak ada jawapannya yang aku mendapat tawaran untuk menyambung pelajaranku ke "Asasi Undang-Undang". Aku hanya mempunyai harapan. Seperti mempunyai RM10 dalam poket. Jika aku berpeluang untuk berniaga, aku mahukan pulangan sebanyak RM1000. Begitulah aku. Jika aku berpeluang untuk membuat apa-apa selepas ini, ya, aku akan melakukan yang terbaik. Aku masih lagi dalam keadaan "berharap".

Aku seringkali terguris kata-kata orang, "kalau dia pandai, mengapa kau tak boleh? / asal dia dapat result lagi best dari kau?" atau seumpamanya. Seolah-olah mereka menyoal tentang kebijaksanaan seseorang itu, walhal ianya kurniaan Tuhan. Adakalanya orang memandang rendah akan kelemahan orang lain. Aku percaya setiap orang mempunyai kelebihan. Mungkin dia tak nampak, tak tahu macam mana nak gunakan kelebihannya. Terus, orang itu dipandang rendah. Aku bukan menujukan mereka yang menegur secara positif, tetapi negatif. Yang tidak ada isinya, yang tidak konstruktif, tak membantu. Seperti memberi ubat, tapi sakitnya lagi teruk. Buat apa?

Ramai yang mampu menjadi luar biasa. Tapi ingat. Fitrah manusia ada jatuh gagal. Tak ramai mampu bangkit balik, atau mempunyai kekuatan untuk bangkit dari kegagalan. 

Masakan dia yang bertanya "kalau dia pandai..." itu, mampukah dia juga mampu berbuat begitu? Fikirkan.

Mengapa tidak bertanya, "kalau dia boleh buat mengapa kau tak boleh?". Aku generasi muda. Aku serupa seperti kawan-kawanku, tapi mempunyai fahaman, pendapat dan perasaan yang berbeda. Jadi, aku mengerti. 

Tapi kau juga harus mengerti. Kata-kataku yang kau baca dari blogku ini, mungkin menaikkan semangat kau. Ingat. Seseorang yang mahukan sesuatu, perlulah mengeluarkan tenaga atau usaha untuk mendekati dirinya. Umpama kalau kamu tidak dapat pokok mangga, buahnya juga baik. Kalau kamu tak dapat buahnya, rantingnya juga baik. Sebab rantingnya boleh menjadi sebuah pokok, biji benih dari buahnya mampu menjadi sebuah pokok kalau dikultur, kalau dijaga/dibesarkan elok-elok. 
Untuk itu berlaku, kau yang harus bergerak dulu. Kau yang harus menanamnya. Kekuatan itu telah Tuhan beri. Cuma kau tak tahu dimana kekuatan itu.


Dalam dunia ini, kau umpama seorang diri. Tapi realitinya kau berada dalam dunia kau sendiri, begitu juga orang lain. Maka sebab itulah kau berasa keseorangan. Kau tak mampu membina jambatan antara dunia kau dan orang lain seperti keluarga, kawan-kawan, teman baik dan lain-lain. Jika mereka tidak mahu "membina jambatan" dengan dunia kamu, tunjukkanlah pada mereka, apabila mereka terkejut akan kamu, disitulah mereka akan membina jambatan dengan dunia kamu. Dengan izin Ilahi, percayalah. Kita ada, kita mempunyai "chance" sendiri. 


Aku juga menulis tentang pelangi, "Sunshine & Rain", kerana perkara ini mengingatkan persahabatan aku dulu dengan seseorang. Aku pernah namakan blog aku "Sunshine & Rain". Mungkin orang akan rasa gembira bila baca blog aku lepas rasa sedih. Tapi aku tukar kepada "Meteorite" sebab itu nama blog ni mula-mula. Asal ada masa nanti, aku "explain" nama2 tu. (haha ignore the URL name. that's my youtube account and pen-name name XD ). Apapun, mungkin kita tak suka apa yang menimpa pada kita. Kau harus faham, Dia lebih mengetahui dari kamu.
_____________________________________________________


Well that's it for today. First time writing Malay in blog I guess. haha. Beats me. A lil hard but stay awesome and strong. ;))

Sunshine & Rain.
Asyraf Amir.

Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire