Sunshine & Rain.

. . .

vendredi 15 mai 2020

Sutradara Senja di Tepi Laut.


Apa yang kau mahu terangkan?
Hujan yang curah,
Tak punya senang basahkan api yang membara.
Antara cinta dan benci,
Inikan pula soal darjat.

Tuntas kau menyimpul soal.
Pantas tanpa mencakna sementara.

"Langit tak selalu cerah", kata orang.

Sudahlah, dewiku.
Haripun kian senja.

Seelok kau tahu,
Setelah kau menarik picu ke arah jiwaku.
Jasadku mati di sini.
Bukan sebagai perwira.

Sisipan masa ini.
Aku kira,
Tiada suntingan yang dikira lancung.
Tidak pula jelas murni dari hatimu.
Aku tahu bukan maksudmu.
Menolak diriku,
Tersimbur di hujung perahu.

Aku kaku dibalik mimpi buruk ini.
Bisu menderita,
Dalam sutradara yang berlaku beku.

Baliklah kepada aku.
Akulah rumahmu yang kau rindukan.

Asyraf Amir. 20200515.

Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire