Sunshine & Rain.

. . .

mardi 7 mars 2017

Termanggu.

Sambil duduk terpanggung.
Terbuka mata seperti termenung.
Raut wajahnya sudah jemu.
Buntu cari jalan menjadi dungu.

Terpancar dari hatinya yang terhiris.
Kudis buta sepersis siflis.
Mahu menyara tapi muflis.
Menganggur di tepi dikeji mengemis.

Ada berkaca mata.
Ada membimbit galas kosong.
Seorang pemuda memberus kanvas.
Melakar zaman baru,
Dengan mata pena baru.

"Usah peduli budak hingusan."

"Petah berkata tapi sia-sia!"

Khabarnya negara merdeka.
Hidup di minda sebuah kolonial.
Si penjajah berbangsa sendiri.
Kolot kedekut egonya meninggi.

Asyraf Amir. 20170105.


*************************************

I'll write more. Just. Chill.
Asyraf Amir. 20170307.

Aucun commentaire:

Enregistrer un commentaire